“Ikut Cara Yang Betul” – Ini Senarai Kit Ujian Kendiri Covid-19 Yang Diluluskan Oleh KKM

“Ikut Cara Yang Betul” – Ini Senarai Kit Ujian Kendiri Covid-19 Yang Diluluskan Oleh KKM
August 6, 2021 Editorial Reszon

Ellina Chan – Ogos 6, 2021 @ 06:04 PM Source: SAYS

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan tentang senarai kit ujian kendiri Covid-19 yang telah diluluskan di Malaysia

Senarai kit ujian kendiri Covid-19 ini juga dikenali sebagai Antigen Rapid Test Kits (RTK-Ag) yang memerlukan sampel sapuan hidung atau air liur untuk mendapatkan keputusan Covid-19 dalam 15 hingga 20 minit.

Tidak dinafikan ujian yang paling tepat adalah secara RT-PCR. Oleh sebab itu, pesakit yang didapati positif setelah membuat ujian Antigen Rapid Test perlu melakukan ujian RT-PCR untuk mendapatkan kepastian.

Dalam situasi yang cukup membimbangkan ini, sudah semestinya kit ujian kendiri ini dapat memberikan manfaat kepada semua supaya dapat menguji dan mengawal kesihatan diri sendiri di rumah.

Sebelum anda melakukan ujian kendiri, ini antara perkara yang anda perlu tahu

Kit Ujian Kendiri Covid-19 boleh digunakan untuk :

– Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status Covid-19
– Individu yang mempunyai kontak dengan kes Covid-19
– Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)

Anda boleh dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 di:

– Farmasi atau fasiliti swasta.
– Fasiliti kesihatan KKM mengikut keperluan

 

Ini senarai Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang telah mendapat kebenaran dari Medical Device Authority (MDA):

1. Salixium Covid-19 Rapid Antigen Test Kit

Sampel: Sapuan hidung dan air liur

Syarikat: Reszon Diagnostics International

Pembekal: Reszon Diagnostics International, Selangor, Malaysia

Ketepatan: Sensitivity 91%, specificity 100%

Tempoh keputusan: 15 minit

Harga: RM39.90

Dapatkan di farmasi atau fasiliti kesihatan terdekat. Anda juga boleh beli secara dalam talian seperti di Multicare Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy, Pharma2u, dan DoctorOnCall.

2. Gmate Covid-19 Saliva Ag

Sampel: Air liur

Syarikat: Citymedic

Pembekal: Philosys, Korea

Ketepatan: Sensitivity 91%, specificity 98%

Tempoh keputusan: 15 minit

Harga: RM39.90

Dapatkan di farmasi atau fasiliti kesihatan terdekat. Anda juga boleh beli secara dalam talian seperti di Watsons, Guardian, Caring, AA Pharmacy, Multicare Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy, Alpro Pharmacy, Pharma2u, and DoctorOnCall.

3. BeRight Covid-19 Antigen Rapid Test

Sampel: Air liur

Syarikat: Medinics

Pembekal: Hangzhou AllTest Biotech, China

Ketepatan: Sensitivity 90%, specificity 99%

Tempoh keputusan: 15 minit

Harga: RM39.90

Dapatkan di farmasi atau fasiliti kesihatan terdekat. Anda juga boleh beli secara dalam talian seperti di Multicare Pharmacy and Big Pharmacy.

4. AllTest Covid-19 Antigen Rapid Test

Sampel: Air liur

Syarikat: Global Science

Pembekal: Hangzhou AllTest Biotech, China

Ketepatan: Sensitivity 90%, specificity 99%

Tempoh keputusan: 15 minit

Harga: RM39.90

Dapatkan di farmasi atau fasiliti kesihatan terdekat.

5. JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test

Sampel: Air liur

Syarikat: Neopharma Biotech Asia

Pembekal: Hangzhou AllTest Biotech, China

Ketepatan: Sensitivity 90%, specificity 99%

Tempoh keputusan: 15 minit

Harga: RM39.90

Dapatkan di farmasi atau fasiliti kesihatan terdekat. Anda juga boleh beli secara dalam talian seperti di Pharma2u.

6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit

Sampel: Saliva

Diuji untuk: Covid-19 (2019-nCoV) dan penyakit influeza (Influenza A and B)

Syarikat: Jingga Anggun

Pembekal: Guangdong Longsee Biomedical, China

Tempoh keputusan: 15 minit

Harga: RM39.90

Dapatkan di farmasi atau fasiliti kesihatan terdekat.

Pastikan anda mengikuti cara penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang betul

Sebelum prosedur:
1. Tidak dibenarkan makan dan minum 30 minit sebelum melakukan ujian.
2. Baca arahan kit ujian dengan teliti.
3. Pastikan kit lengkap, tidak rosak dan tarikh tidak luput.
4. Cuci tangan sebelum mulakan.
5. Pastikan tempat melakukan ujian kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
6. Pastikan tiada orang lain berhampiran untuk mengelakkan jangkitan.
7. Pastikan individu memakai pelitup muka dan sarung tangan jika perlukan bantuan orang lain.

Semasa prosedur:
1. Ambil sampel mengikut kit ujian.
2. Lakukan ujian berdasarkan manual kit.
3. Baca keputusan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Selepas prosedur:
1. Pastikan semua kit dimasukkan ke dalam plastik dan diikat dengan sempurna.
2. Masukkan plastik itu ke dalam plastik yang berlainan dan ikat.
3. Buang ke dalam tong sampah tertutup.
4. Disinfeksi tempat prosedur dengan cecair disinfeksi.
5. Cuci tangan dengan sabun dan air.

Jangan lupa laporkan keputusan ujian anda di MySejahtera

Sekiranya positif:
1. Wajib dilaporkan mengikut Akta 342.
2. Individu perlu ke CAC / Klinik Kesihatan berhampiran.

Sekiranya negatif:
1. Jika bergejala, hadir ke fasiliti kesihatan untuk penilaian.
2. Jika merupakan kontak kes Covid-19, perlu kuarantin wajib sehingga tamat tempoh.

Sekiranya invalid:
1. Ulang ujian kendiri