July 24, 2021 Source: MYKMU.NET
Kit ujian kendiri Covid-19 jenama ‘Salixium’ buatan Malaysia dilancarkan. Ketika rakyat Malaysia masih bergelut dengan pandemik Covid-19, mereka diberi pilihan lebih mudah untuk melakukan ujian dengan kit ujian kendiri yang dilancarkan.
Kementerian Kesihatan baru-baru ini meluluskan pengimportan dan pengedaran dua kit ujian kendiri Covid-19 untuk kegunaan orang ramai.
Kelulusan itu diberikan menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) iaitu sebuah agensi di bawah kementerian yang bertanggungjawab dalam kawal selia dan pendaftaran peranti perubatan.
Salah satu kit itu, Salixium adalah dihasilkan di Malaysia oleh syarikat teknologi kesihatan berpangkalan di Shah Alam, MeDKAD Sdn Bhd.
Menurut pengurus projek MeDKAD Syahriah Razak, Salixium adalah ujian Antigen RTK (Kit Ujian Pantas) yang menggunakan teknologi immunokromatografi yang mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam saliva atau air liur manusia dan spesimen calitan hidung.
Dia menyifatkannya sebagai produk pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan di makmal MeDKAD di Taman Teknologi Malaysia. Proses pembuatannya juga dibangunkan dalam negara.
Salixium mempunyai kepekaan sebanyak 91.23% dan spesifisiti sebanyak 100%.
Menurut Syahriah, kit ujian ini juga mesra pengguna dan tidak invasif.Dia berkata MeDKAD bekerjasama dengan Reszon Diagnostic dan matlamat mereka adalah “menghasilkan kit ujian kendiri antigen pantas yang menggunakan air liur dan calitan hidung supaya mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia”.
“Kami berharap ia akan menyediakan perlindungan lapisan pertama atau pertahanan terhadap Covid-19 kerana pengesanan awal boleh mengurangkan penularan virus dalam komuniti,” katanya.
Setiap kit Salixium mengandungi peranti ujian Antigen Pantas Covid-19, satu tiub penyangga pengekstrakan dan penitis, dua swab pakai buang, satu beg sampah dan kertas panduan.
Mereka yang menggunakan kit ujian ini tidak seharusnya mengambil makanan, merokok, mengunyah atau meminum sesuatu selain air masak 30 minti sebelum ujian.
Mereka perlu mencuci tangan sebersihnya selama 20 saat menggunakan sabun dan air. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan gel sanitasi tangan.
Ini adalah panduan melakukan ujian:
1. Mula-mula, keluarkan tiub penyangga pengekstrakan dan masukkan ke dalam pemegang tiub. Tanggalkan lapisan aluminum dan pastikan cecair itu tidak tumpah.
2. Kemudian ambil satu swab pakai buang dan sapu bahagian hujung pada bahagian dalam pipi kiri dalam pergerakan ke atas dan bawah sebanyak lima kali. Ulangan pada pipi kanan dan lelangit.
3. Masukkan swab dalam tiub pengekstrakan.
4. Kemudian, ambil satu lagi swab pakai buang, masukkan hujungnya ke dalam lubang hidung pada kedalaman kira-kira 2cm. Pusingkannya sebanyak lima kali. Lakukan perkara sama pada sebelah hidung lagi.
5. Masukkan swab kedua ke dalam tiub pengekstrakan sama.
6. Pastikan bahagian hujung swab itu berada tenggelam dalam cecair dalam tiub dan goncang dengan kuat selama 10 minit.
7. Selepas itu, picit cecair daripada kedua-dua swab untuk memastikan ia berada dalam tiub sebanyak mungkin sebelum membuangnya dalam beg sampah. Pastikan beg itu ditutup kemas.
8. Tutup tiub dengan kuat dan campurkan cecair sampel secara menyeluruh.
9. Kemudian keluarkan peranti ujian secara perlahan-lahan. Anda akan melihat dua garisan iaitu garisan kawal (C) dan garisan ujian (T)
10. Letakkan peranti di atas permukaan bersih dan letakkan label. Campurkan dua titis cecair sampel kepada atas sampel itu dan pastikan tidak ada gelembung udara.
Anda boleh mendapatkan keputusan ujian itu dalam tempoh 15 minit sahaja.
Bagaimana ingin melihat keputusan?
Syahriah berkata dua garisan berwarna pada garisan C dan T akan menunjukkan jangkitan Covid-19. Sekiranya ia adalah keputusan anda, segera dapatkan nasihat doktor. Ujian PCR mungkin diperlukan untuk mengesahkan keputusan.
Sementara itu, anda harus melakukan pengasingan kendiri untuk mencegah penularan virus kepada orang lain.
Sekiranya terdapat satu jalur warna pada garisan C, ia bermakna virus tidak dikesan. Bagiamanapun, jika tiada jalur warna yang kelihatan pada garisan C, ia bermakna keputusan itu tidak sah dan anda harus mengulangi ujian dengan peranti baharu.
Berapa harga kit ujian kendiri Salixium dan di mana ia dijual?
Menurut Syahriah, ujian kit kendiri Antigen Covid-19 Salixium ini berharga RM39.90 dan boleh didapati di semua farmasi berdaftar dan pusat kemudahan kesihatan. Anda juga boleh melayari laman sesawang www.salixium.com untuk membuat pembelian.